PAKEJ HONEYMOON 3HR 2 MLM - BULAN NOV & DISEMBER

RM 950

PAKEJ HONEYMOON TERMASUK:-

PENGINAPAN DI ASENIA RESORT
SARAPAN PAGI X 2 HR
CANDLE LIGHT DINNER X 1
KERETA SEWA PANDU SENDIRI - VIVA/WIRA
TRIP ISLAND HOPPING :-
(P. DAYANG BUNTING - Tasik Dayang Bunting
P. BERAS BASAH - Water Sport
P. SINGA BESAR - Eagle Feeding)





PAKEJ PERCUTIAN KE LANGKAWI, KEDAH

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.


Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.

"Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.



MAKAM MAHSURI

Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.

Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.



CABLE CAR 


Kereta kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Kereta kabel ini mula dibuka pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di Switzerland.

Ia dikendalikan oleh Langkawi Cable Car. Dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004.  Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian Book of Records.



TELAGA TUJUH WATERFALL


Telaga Tujuh merupakan tujuh kawasan tadahan air yang satu rangkaian tujuh telaga semulajadi yang airnya mengalir dari tujuh mata air di Pulau Langkawi.

Dipercayai terdapat tujuh orang puteri dari kayangan yang sering mandi dan amat suka akan kesejukan air perigi ini. Terdapat seorang putera raja yang tinggal berhampiran perigi ini dan cuba untuk memikat serta mengahwini salah seorang puteri-puteri ini tetapi masih belum berjaya. Air ini juga dipercayai mujarab yang boleh menyembuhkan beberapa penyakit.


BIRD PARADISE



CROCODILE FARM


Taman Buaya di Langkawi terletak di Jalan Teluk Datai iaitu 32 km di utara Pekan Kuah. Ia mempunyai keluasan 20 ekar. Terdapat sebanyak 1,000 ekor buaya yang boleh disaksikan oleh pelawat. Antara daya penarik di taman ini ialah kolam spesis, kolam beri makan, kolam pembiakan, kolam pertunjukan dan jambatan merentangi kolam buaya.


UNDERWATER WORLD


Underwater World Langkawi merupakan akuarium yang terbesar di Asia. Kini mempamerkan lebih daripada 5,000 jenis hidupan laut dari 500 spesis yang berwarna-warni dan beraneka bentuk. Juga terdapat "Walk-Through Tunnel Tank" yang terbesar di dunia sepanjang 15 m dengan muatan 19,000 gelen air laut.




SAILING YACHT LANGKAWI